Sunday, October 30, 2011

Surprise?!

hello!


alamak lamanya tak update blog. selalu update twitter je so tak de idea sangat nak tulis apa kat blog. semuanya dah di tulis dalam twitter. :p so sekarang mari bercerita sepuas puasnya. for info, October is my fav month every year. why? it's my birthday obviously. :p so i dah kumpul my annual leave since June. kerja i ni pelik sikit. we have to earn annual leave. kalau sebulan kerja entitle for ONLY 1 leave. so every month kena lah kumpul annual leave. kalau i tak ambil leave since January, sah sah i tengah happy happy bercuti paaaaanjang lagi sekarang ni. i thought adalah orang panggil interview masa cuti hari tu tapi sampai sekarang takde. hue. tak suka lor kerja ni. banyak je kerja hari hari. hopefully adalah company nak panggi i interview. wargh stressssssssssssssss!

since 25th Oct tu birthday i, i dah apply leave since 20-25. wohhohhoo seronoknya cuti tak payah fikir kerja. before cuti tu dah fikir nak pergi bercuti kat mana. nak pergi Genting, ntah la. rasa tak best sejak dah pergi Universal Studios rasa macam Genting tu, eleh bosannya. eceyh!but seriously takde hati dah nak pergi sana. So dah survey, tempat yang tak pernah pergi seumur hidup, Bukit Tinggi. yeap i tak pernah pergi Bukit Tinggi. LOL. whatev... kitorang pergi sana sehari je. 22-23rd. stay kat Colmar Tropicale Hotel.


honestly, Bukit Tinggi tak lah best sangat. yalah takdela sejuk pun. sama je macam kat KL. Genting sejuk lagi. i tak rasa ada beza pun cuaca kat sana. and apa attraction kat sana? Botanical Garden, Horse Trails, Japanese Tea House. then ada performance menari nari. that's all.


;)


sakit punggung naik kuda. ;p


welcome to tatami spa.


balik KL je terus sakit kepala sebab rasa susah nak tidur. sampai rumah je terus tidur. paling best dapat tidur kat bilik sendiri boleh golek golek atas katil sesuka hati.

next day, 241011. petang tu boyf suruh datang rumah dia. dia kata nak dinner sama tapi dia cakap before tu nak jumpa orang kejap. fine. i pun pakai tshirt je pergi sana (gila simple) sebab kalau dia cakap nak jumpa orang, selalu dia jumpa kawan kawan dia je. bila i sampai sana, imagine i tunggu dia 45mins! 45mins okay. macam perempuan bersiap. sekali tengok dia pakai baju smart smart. i dah confuse, kenapa dia ni pakai smart padahal kata nak dinner and jumpa kawan je? rupanya dia cakap nak meeting dengan Datuk. kat Pavilion pulak tuh! then dia cakap nak jumpa diyana sebab diyana nak pinjam camera. lepas hantar camera kat rumah diyana, terus pegi Pavi. sampai sana, i cakap kat dia biarlah dia meeting dengan Datuk tu, biar i jalan jalan je tapi dia cakap takpe pergi beli baju. masuk MNG beli la baju eventho MNG baju banyak tak lawa. terpaksalah kononnya.

lepas dah beli baju, Datuk tu cakap on the way and suruha tunggu kat TGI Friday's. sambil sambil tu boyf call banyak kali "Datuk, kat mana?"tunggu punyalah lama, dalam hati cakap "ish Datuk apa macam ni tak punctual langsong". tengah bosan, mintak boyf punya phone nak main game tapi dia macam lambat lambat nak bagi sambil nampak tangan dia tengah delete message. i ni negative sikit. tanya dia kenapa nak kena delete dulu message before bagi phone tapi dia cakap tu message maxis la apa lah bla bla bla. tengah dalam marah marah tu suddenly waiter TGIF datang kat meja... "you Mr Fairuz yea?" boyf iyakan. "you ada buat reservation kan?" TUP! terus boyf bangun and bawak waiter tu pergi. masa tu i dah dapat agak dia ni buat reservation apa? birthday i kot! lol waiter tu kantoikan. bila boyf datang balik kat meja i tanya dia bertubi tubi, dia buat reservation for what? paksa dia cakap and mengaku sebab i tak ready langsung masa tu. dah la contact lens buat hal, mata kiri tak selesa sampai eyeliner dah hilang. mata berair buat mata nampak sembab. omg seriously i bengang sangat masa tu. rasa nak marah memang ada lah. serabai gila pastu celebrate birthday? masa tengah bengang tu suddenly waiters kat TGIF datang bawak cake and semua nyanyi kuat kuat & ramai ramai lagu Happy Birthday.. bila i pusing, i nampak ramai kawan kawan datang and surprisingly Lynda pun datang! terus terharu and menangis sebab rasa bengang + marah + terharu semua ada. malunyaaaa.


tahan diri nangis. wargh malu!


malunya mata bengkak!


speechless. suruh bagi wish pun terketar ketar. ada diyana, shah, myra, amalina, lynda, phya, nida, raja, mat, james.


TGI Friday's waiters are singing birthday song for me. :')


gila simple baju. -.-"


lets makan!


yay!


ni first time dalam hidup orang buatkan surprise birthday party sebab tu terharu nak mampus sampai menangis. :') and that was the first time Lynda kenalkan James kat kitorang. hihi.



lepas makan makan, Shah belanja karaoke saaampai pukul 3 am. sampai rumah and tidur around 5 am. esoknya bangun 9 am. 4 hours sleep. gila mengantuk. esoknya pun keluar lagi. celebrate dengan adik adik bpyf. pergi karaoke lagi. phew. penat but i had fun.

sini nak say thanks to boyf sebab susah susah celebrate macam ni. i sangat appreciate and tak pernah ada orang buat surprise macam ni. i'll remember this till i die. sorry sebab selalu nak marah marah and cakap bukan bukan. eventho marah marah pun b tak pernah nak marah balik. i just want you to know that you are the best i've ever had in life. i just feel soooo lucky. much <3

Monday, September 19, 2011

kucar kacir.

dear blog.

hidup i huru hara. kucar kacir lately. macam macam nak fikir. kepala makin serabut. dari masalah kat office. relationship. sibling. semua. sometimes i rasa macam dah takde hope and tak nampak pape dah. hati i asyik sedih and selalu terasa hati dengan orang. i dont blame others but blame myself. i cuba buat tak nampak masalah kat depan mata. cuba pekak kan telinga. cuba tak nak ingat semuanya. hari hari i rasa macam sedihnya hidup ni. sometimes i rasa nak pergi jauh jauh tempat takde orang pun kenal & tau. sembunyikan diri dari orang sekeliling. cari ketenangan. nak pergi mana? duit gaji before raya dapat sikit lepas tu masuk awal. tot dapat duit kpi tengah bulan, tapi ada masalah tak jadi masuk. masuk end of this month. sesak betol. bukan takde duit saving. ada tapi setakat ni duit saving dah guna lebih rm500. dapat gaji nanti kena cover balik. haihhh. sesak betul hidup nak tunggu sampai hujung bulan.

masalah kat tempat kerja. i rasa dulu lagi i asyik complain kat blog pasal tempat kerja. dulu kerja agak stress. lepas diorang tukar process, kerja dah senang. happy je kerja takde serabut. baru semalam diorang tukar balik process & balik pada process lama. tambah serabut kepala. dua tiga hari ni i macam dah hilang hope. nak cari kerja lain tapi job fair semalam tak membantu i think? i nak cuba lari dari bidang yang i belajar & kerja sekarang. i tanak stuck with this job for the entire of my life. it sucks. im not happy with my job. warghhhh. baru i nampak politik dalam office ni. kat mana mana pun ada politik kat tempat kerja kan? haih. i give up.

nak nangis. nak muntah. nak curse orang. nak makan banyak banyak. nak menjerit. nak melompat. nak geget pintu. nak tarik rambut orang. hm psycho betol minah ni. stress namanya kan. centu lor...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 6, 2011

raya!

Selalu sangat i tinggalkan blog ni kesepian. Selalu. Sangat. Seriously, i really miss blogging. Tapi i tak suka nak update blog guna phone. Semua idea macam stuck kat tengah tengah kepala otak ni tak bole nak keluar. Bila dah post, baru ingat balik apa nak tulis. Pastu dah jadi malas nak edit balik so, LANTAKLAH. Nak update guna lappy pule, broadband my mom selalu je bawak keluar. Nak pasang streamyx, port penuh. The only way is, mobile internet lor.

Oh lupa! Dah raya keberapa ntah ni. Selamat hari raya! Maaf zahir. How was your raya? I dapat cuti sehari (raya pertama) saje. Actually tanak cuti pon tapi boss dah bagi cuti. Terpaksalah. Lagipun raya this year sangat tak best. Tak beli pun baju raya sebab memang tau raya kl tak best macam raya kat kampung. Pakai baju raya last year. Sedih kan? But insyaAllah i'll make sure next year takan sama macam this year. I nak celebrate balik kampung! InsyaAllah.


So first raya bangun tak berapa pagi semua orang tak ada kat rumah. I sorang je sebab malam raya my mom & adik dah pegi rumah atok kat sg besi. Nasib baik ibu dah siap masak. So beraya sorang sorang kat rumah then tengahari baru pegi cari rumah atok. Since kecil atok dah lama duduk sg besi tu tapi i jenis yang tak suka ingat jalan, tak tau & lupa jalan pegi rumah atok. Alhamdulillah ada gps tapi tak berguna juge lah perempuan gps tu. Lagi 100m suruh turn left, i dah turn left suddenly dia cakap "we're calculating..." nak tampar takde muka. Nak campak, eh rugi duit sendiri. Sabar je lah di pagi syawal tu i maafkanlah dia. Kita tak sempurna... Masa kat rumah atok terjumpa album gambar kawin ibu & arwah abah. Bila tengok zul huzaimi teringat abah versi kurus masa muda muda dulu. :')


My baby canon rosak lagi. Before this masa kat krabi rasanya termasuk air kut and rosak tak bole on. Nasib baik ada warranty lagi. Tapi itu pon lama gila diorang nak repair. Nak dekat raya baru siap. Tapi bila baru snap satu gambar, terus tak bole on balik. So kena hantar repair balik. Sedih lah baby canon. :( but thank god i ada baby samsung. Fav baby samsung. Bole bawak pegi mana mana saje. ♥

Enuf about baby canon & baby samsung. What else? Hm this year takde video raya macam last year lor. Malas nak buat video. Takde mood sebab raya sangat bosan.


Lately cuaca sangat panas kan? Tekak i dah start sakit rasa kesat kesat. Pastu kepala asyik sakit. Mata asyik panas macam nak terkeluar. Badan panas. Bila masuk office je satu badan rasa lemau malas nak buat kerja. Tak pernah tertidur kat office, first time tidur lena kat office sebab tahap kepenatan badan melampaui batas.

So now i baru balik dari lepas makan lamb chop sedap kat batu caves. Aina Cafe. Seriously lamb chop sauce dia sangat best. Terbaik.


Eventho itu restaurant biasa je tapi rasa lamb chop dia lagi sedap from high standard restaurant. I suggest kalau sape yang dekat dekat dengan batu caves tu try LAMB CHOP (mesty try menu ni) and korang confirm jadi macam i yang selalu mengidam lamb chop dia. I jenis bukan suka melepak lepas habis kerja. Lepas balik kerja mesti kena terus balik rumah, tapi sebabkan lamb chop ni i sanggup drive from kj - gombak semata mata nak makan. Yummeh to the tummy uols!

Okeh dah siap promote. First time datang try je lamb chop. Tau? Tau? Tau? ;) hah okay i nak tidur lah. Tak selesa nak update guna phone ni. Rasa macam dah banyak je type ni. Good night *smooches!*

Monday, August 15, 2011

berbuka @ shangri la

sabtu lepas boyf call bagitahu dia pergi kedai makan nak order makanan untuk berbuka. dia terlupa and tertinggal handphone atas meja. then dia pegi kaunter nak bayar makanan. lepas dia teringat, dia pegi balik meja tak sampai 5 mins dah hilang phone. omaigod i pulak rasa gerammm. bulan bulan puasa ni pon ada jugak yang panjang tangan. kesian boyf. dah lah banyak contact dalam phone tu. bila i call number tu ada dialing tone tapi orang tu tak jawab pun. afta berbuka, call balik, teros tak dapat. arwah dah handphone tu. :(

tak bole nak hidup kut tanpa handphone. yalah penting kut handphone. kalau kita pun sama kan kalau handphone takde macam susah je nak kerja. so semalam boyf beli handphone baru. semua orang suruh beli samsung galaxy s 2. but maybe dia dah terbiasa dengan iphone.


he bought an iphone 4. *jealous*

since last week boyf kata nak bawak pegi makan makan tempat best. surprise katanya. so the whole week i tunggu dengan excited and penuh kesabaran. so semalam rupanya boyf bawak pegi berbuka puasa kat lemon garden shangri la hotel! sangat cantik tempat dia. makanan.. Oh my. sedap sedap & banyak gilaaaa! ada kuih kuih, buah buah, cake, western, satay, sushi, mee, nasi ahhh banyak lagi tak ingat dah. sangat puas hati makan kat situ. sejak puasa ni perut punya capacity pon dah kurang. perut makin mengecut rasanya. tak bole nak sumbat banyak sangat makanan. teehee!


berbuka sekali dengan shah & dyana. ^_^


love!


sweet couple!


esok nak berbuka puasa ramai ramai with family & my sister's boyf. before dia balik sabah dia nak belanja berbuka satu family. suka suka! :D

okay, i gtg now. just a short update and gambar pon tak banyak sebab tak bawak camera. nanti next week ada berbuka puasa dengan family & boyf's family dan dengan kawan kawan same batch 138 masa diorang keje vads dulu. promise akan ambil gambar banyak-banyak and update lagi.

toodles!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 8, 2011

salam ramadhan.

hello readers. it's been a month since my last update about my trip to krabi. thanks to everyone who read it. never tot ppl would read this blog and everytime i view my blog, i can see my followers are increasing. i would like to thank those who link my blog on their blog. thank kiuuu. so touched. ^^

it's ramadhan mubarak guys. how is it going so far? dah besar kan, kalau ada yang sengaja ponteng puasa tu memang mengada lah. ada otak bole fikir. for me, puasa ni memang dah biasa. even bukan ramadhan, i memang biasa berlapar konon nak diet. ceyh! but first ramadhan je i dah tak bole puasa. actually puasa lah but few mins nak berbuka suddenly dah booooom! ahhh rugi betol. so until today still belum bole puasa. i know it's 7 days d. selalunya less than 5 days. maybe this month i tak minum coke sangat that's why lama sikit.

okay. expression session. idk why these few months i sangat boros nak mampos. i spent a lotttt on ebay & amazon. actually barang tu takde lah mahal but the shipping cost tu dah jadi double. eg; harga barang 100rm. kalau include shipping cost dah jadi 200rm. haiz. but it's okay. sebab nak sangat kan. for long-term usage. heh. biasanya i beli kat ebay sebab barang tu takde langsong nak cari nak malaysia. recently i just bought emjoi soft caress cordless epilator and still waiting for it to arrive. and few other items. ;)

so, baju raya tahun ni berapa pasang? me, nadaa! why? kain beli kat jakarta ari tu ada banyak tapi rasanya tak sempat nak tempah orang. another reason is because i'm broke. lalalala. (that's the only reason ACTUALLY!) for the first time boss bagi cuti masa hari raya. i didn't apply for it tapi orang dah nak bagi cuti. TERPAKSALAHHH. itu pon only on the first eid ul-fitr. kalau boleh nak lah sangat keja on ph. 1st & 2nd day of raya and merdeka. so i cuma cuti on the first day. second day & merdeka i kerja. omg $__$! yay! my sistah pula tak dapat cuti. so dia kaya sikit dari i. jealous much? yea.. :|


with the most crazy couz i've ever had. love u much @Dabootthh. kat workshop pomboleyyyy. :D

today i cuti. sepatutnya ada appointment for my treatment tapi rasa malasss sangat nak pergi. feel like cancelling it and postpone to this sunday lah. so today duduk rumah tengok tv ajeh. i nak merajuk dengan facebook kejap lah. ada few annoying ppl dah kena delete. yeah, kalau kena delete tu paham paham la u actually pissed me off. :) so stay outta my life. sibuk je.

i think that's all for now.salam ramadhan mubarak for all. hugs!

p.s : rasa macam nat try pakai blackberry pulak. best tak? best tak? but i still love my iphone. pakai bb nanti my adik mesti boooooo kata i murtad iphone. ;p

Saturday, July 2, 2011

Trip to Krabi.

This is gonna be a short post cuz i tak berapa nak sehat. Badan dah start panas. Sore throat. Tanda tanda nak demam. Jangkit dengan officemate & my sister la ni. Adoi. Tak suka. :|

Afta trip to jakarta & bandung, dua hari lepas tu kitorang sambung bercuti. this time pergi ramai ramai. total, 12 orang.


pegi on the 23th malam, balik on the 26th. kat sana kitorang stay kat Aree Tara.


Aree Tara. :)


Nice place. BELAKANG ADA KUBUR. -.-" nasib baik dyana booking bilik swimming pool view bukan kubur. Scary kot. LOL!


At the lobby.


Ni la van yang bawak kitorang from Hatyai to Krabi. Sampai je sana lepas check in, first activity yang kitorang buat ialah elephant trekking.


We're ready elephant trekking!


first time naik gajah. at first memang la takot. lama lama seronok pulak. :) baikkkk je gajah yang kitorang naik tu. Lepas naik gajah, kitorang pegi sewa motor pulak.


Best! Scooter honda yang besar dalam RM30 je and scooter kecik comel comel RM15 je. Tapi kat sana fuel dia mahal sikit. Bestttt jalan jalan naik motor kat situ especially during night time. Night is heaven!

I tak beli pon baju mandi. Ingatkan sampai sana baru nak cari tapi takde baju lengan panjang sebab takot sunburn. So esoknya i pegi naik bot pakai tshirt short sleeve je tapi letak sunblock banyak banyak.


I dah lama tak naik bot. The last time i naik bot masa i sekolah lagi kut and masa tu takde la rasa mabuk mabuk. Dyana ada beli ubat but i tot i tak mabuk laut and bila dyana offer, i said no. Sebabkan ombak kat laut tu kuat, terhentak hentak dalam bot tu buat i muntahhhhhh terok! Malang untuk i bila Dyana pulak tertinggal ubat mabuk laut kat hotel. I kira kira 8 kali jugak la i muntah. Lemau teros badan. Damn! Kalau i tau i makan ubat mabuk laut! Tapi i sempat la jugak snorkelling and mandi sikit. Eventho dah pakai sunblock tebal tebal, but still kena sunburn. Ceyt! Kena pakai lotion banyak banyak pulak lepas ni.


Pulau ni paling cantik!


Casey, me & mira


Me, amoi, dyana & mira


With love.


Heartbeat!


Makan! Makan!


Lalalala~


Usop yoga. ;p


The guys. Hahaha.

Okay i think itu je la kot i nak cerita pasal Krabi sebab kalau i nak cerita semua aktiviti memang panjang la i akan tulis. Lagipon keadaan lemah plus mengantok menghantui & menyelubungi diri ni buatkan i malas nak tulis panjang panjang. Hehe. Kat sini i upload sikit je gambar gambar kat sana. Kalau nak tengok gambar lagi bole view kat facebook page i dah open to public to view.

Oohh yah ada one good news i nak share kat sini. Otw pegi kerja i selalu dengar red fm and i sukaaa sangat red fm sebab lagu diorang semua fav i! So setiap pukul 12.40 mesty ada red fm's quick workout and i tot nak try je cuba nasib and tak sangka i dapat jadi first caller and jawab semua soalan. I dapat RM700 and salsa class worth RM120! Sangat excited! Alhamdulillah rezeki. ^_^

Til then. Thanks for reading. Bye! xo


I ♥ krabi! Spot me! ;p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 22, 2011

Jakarta & Bandung

Hello! It's been a while. Berhabuk dah blog ni. So pada sape sape yang follow i kat twitter mesti dah tau last Thursday (16th June), boyf & i pergi vacation kat Indonesia till 20th. It was a greatttttt vacation fer me. nasib baik boyf ada relatives kat sana. save duit hotel. teehee! diorang lah yang entertain kitorang sepanjang 4 hari kat sana. semuanya baik-baik & peramah! sangat seronok kat sana.

This is gonna be a loooooong post with lotsa photos! Kalau rajin baca je i nak cerita macam macam ni. :D

Are u ready?! One.. two..three..go!

160611

Shift kat office i paling awal jam 8.30am - 6.00pm. I malas nak kerja. Nanti jam, sampai rumah mesti lambat. Nak pegi LCCT lagi. So i start amik leave on the 16th. Pagi tu sempat lah packing barang segala. Petang tu my mom hantar i pergi rumah boyf. Boyf pulak hari tu kerja. Dia balik kerja teros shoot pegi LCCT. Flight jam 10.25pm. Had our dinner & gerak dalam jam 11.00pm.


Sampai Jakarta around 12am lebih (waktu sana) i tak ingat. Kat sana, Uncle Roy & Aunty Ella tunggu jemput kitorang. Diorang bawak pegi rumah Nek Ham. First time jumpa, omgggg. Baiknya diorang ni. Very soft spoken. Friendly. Kejap je i rasa selesa stay dengan diorang. Sampai sampai je Nek Ham dah sediakan makan makan. Tidur dengan happy tummy. :D

170611

Before i pergi sana, my team leader pesan jangan lupa pergi Mangga 2. So today Aunty Ella & Aunty Norma jemput kitorang dari rumah Nek Ham bawak pergi Mangga 2. Omg. The traffic.. Sangat terok. Kalau tengok kat sana banyak gila family car macam Unser, Avanza & sewaktu dengannya. Aunty Ella kata diorang tak bole drive satu kereta, satu penumpang. At least satu kereta kena ada 3 orang. So kat sana macam bole bilang berapa je kereta jenis Sedan & kecik kecik. Yang lainnya semua besar besar.

Kat Mangga 2 tu ada 3/4 building (i tak ingat) tapi sangat besarrrrr. Dalam tu ada banyak gila kedai macam kat Sg Wang. So sape sape yang suka cari baju macam kat Sg Wang bole la shopping banyak banyak kat sini. Bila orang sana dengar bahasa dari luar, kaw kaw punya harga diorang letak. Nasib baik ada Aunty Ella & Aunty Norma buat acara tawar menawar. Kalau nak tawar, kena tawarkan harga paaaaaling rendah. Contoh harga baju Rp200,000 tawar & tawar actually bole dapat Rp130,000 tau. Kalau dia tanak, buat buat merajuk tanak beli. Nanti mesti dia panggil balik & bagi harga yang kita tawarkan tu. Hihihi. :p I tak berapa suka sangat kat sana sebab eventho cantik cantik, tapi macam tak terasa lah murah. Kalau beli branded & murah, memang terasa murah dia. So alang alang beli aje yang branded. Kan?

Lepas shopping shopping kat Mangga 2, balik rumah Nek Ham. Nadia & hubby, Radhi pulak datang jemput. Diorang bawak jalan jalan di Grand Indonesia Shopping Town.


With love.


♬♪ tralalalala ♪♬

Waaahhh i suka! Sangat cantik! Ada pokok pokok kat dalam tu. Sukaaa sangat. :) Lampu dia agak gelap & samar samar. Romantic! Sales up to 80%! Roxy. Quicksilver. Charles & Keith. Banyak lagi lah! Masa i datang tu satu Jakarta ada JGS (Jakarta Great Sales). Kalau kat sini kite panggil Mega Sales, sana JGS. Kebetulan. JGS ni from 17th June - 17th July.


*dari paper


And front page newspaper diorang pasal orang Malaysia datang Bandung ramai ramai. :)

So next time kalau nak pegi masa JGS, pergilah dalan bulan June & July. Sebabkan jalan jammed yang terok, banyak masa habis kat jalan raya sampailah malam. Nadia bawak pergi dinner kat léko. I order ayam penyet & boyf order iga penyet. Tak pernah rasa lagi iga penyet, sekali rasa memang ohhhh sedap gila! daging dia sangat lembut & sambal dia sangat pedas & aum! ohsem! teringat sampai hari ni. Dah kenyang, Nadia bawak balik rumah dia di Bintaro. Caaaantik sangat rumah dia. Simple & nice. Modern style. Malam tu tidur awal sebab esoknya Nadia nak bawak pergi Bandung awal pagi. 2 jam perjalanan from Bintaro.

180611



Depan rumah Nadia ;)

Woke up at 7am (waktu sana). Eventho gerak awal pagi pon macet (jammed). I pon tak ingat pukul berapa sampai tapi first destination ; Rumah Mode.


I suka kat situ sebab baju branded yang murah gila. Harga bawah Rp 100,000 (RM36) sehelai. Memang terasa murah dia. Rasa macam nak beli semua. Tapi rasa macam tak cukup duit pulak bawak nak beli semua. :p


♡ my sayangness!!


Ohh okay agak tak censored disitu.


Actually i tak puas shopping kat Rumah Mode.


Next, pergi makan kat Paris Van Java.


Pilih pilih souvenir nak bawak balik.


Lepas makan beli sikit souvenir untuk officemates. Orang Malaysia lebih suka Bandung sebab banyak FO (Factory Outlet). Actually i pon sukaaa Bandung tapi macam tak sempat nak berjalan semua kedai kat sana sebab masa sikit. Selain Rumah Mode, i suka The Secret kat jalan Riau.


@ The Secret.


Fashion world.


Depan fashion world. ;p


Muka penat dah. Duduk pon dah macam apek kalah judi.


Kat sana i try makan Batagor & ice cream durian. Ice cream yang ada durian betol dalam dia. Bukan ice cream perisa durian je. :)


Nadia & her hubby, Radhi.


Habis shopping pukul 7pm teros turun pegi Kartika Sari.


Beli brownies, chocolates & kerepek kerepek nak bawak balik untuk officemates & family.


Pisang keju. Beli je tapi tak sempat rasa sebab perut penuh makanan lain. Pisang keju ni cuma bole tahan 2 hari je so tak bole bawak balik Malaysia.

Habis shopping kat Kartika Sari, next ke Cihampelas Walk pulak.


@ Cihampelas Walk.


Sale! Sale! Sale!


Kebetulan masa datang tu ada event apa ntah ala ala jom heboh. Dinner kat Baso Malang Karapitan (BMK) sambil ada live band kat bawah.


Nadia & Radhi.


Cruz & Nadia, Nadia & Nadia. ;)


Lepas makan, gerak balik rumah Nadia kat Bintaro. Dah sampai Bintaro, Nadia silap lah pergi tanya boyf, Cruz ni lapar ke tak. Memang lah akan dia cakap nak makan lagi. -.-" Dah makan, makan lagi dan lagi dan lagi. Adoi penuh dah perut. Actually dia yang mengheret i makan sekali. Now i've gained 3kg! Kena diet balik! Hue... Supper at Bintaro 9 Walk.


Sampai rumah lewat malam and nasib baik esoknya takde pegi mana mana so boleh bangun lewat sikit. Teehee!

190611

Yeaahhh. Bangun lewat. Cukup tidur. Happyyy! Around 11am, keluar lunch kat léko lagi.


Léko @ Bintaro

Ye! Iga penyet lagi. Yummy to the tummy. Lepas lunch, Nadia & Radhi hantar kitorang pergi jumpa Aunty Lely & Om Deddi. This time Aunty Lely & Om Deddi pulak bawak kitorang jalan jalan. First destination haruslah makan lagi. Yes! Lepas makan iga penyet, makan bakso pulak kat Blok S.


@ Blok S


Nasib baik la i tak order bakso. Order Es teler kot nama dia? Lupa pulak. Makan ringan sikit. Penat makan je actually. Hehehe.


Lepas makan makan pergi Pasar Baru, Jakarta.


Cari baju raya! Habis 8 pasang baru raya i beli. Ngeh ngeh ngeh. I pon terbeli lah baju untuk my sister kawin nanti. Tak payah susah susah dia nak beli lagi. :) Puas shopping kat situ, pegi Taman Anggrek Mall dekat dengan rumah Nek Ham.


Taman Anggrek Mall ni antara mall terbesar kat Indonesia.


Disebabkan boyf i ni mengidam Nasi Padang, Om Deddi bawak pergi makan kat Sari Ratu.


Kebetulan masa lalu kat Sari Ratu tu ada ramai orang Malaysia kat situ sebab ada opening eCosway. Ayah Dafi, Tan Sri Ismail ada sekali kat situ. Kalau kat Malaysia, makanan Sari Ratu kita pilih n bawak pergi meja, makan & bayar semua kan? Kat sana, datang datang je dia akan sediakan semua jenis makanan atas meja & kita cuma makan ape yang kita nak je.


Contoh, kalau dalam pinggan tu ada 2 ketul daging rendang kan? Kita makan satu je. Masa nak bayar tu dia cuma kira seketul daging je. Bukan satu pinggan. Tapi kalau dia hidangkan sayur tu & kita sentuh sikit memang dia kira satu pinggan lah. Habis makan, balik rumah Nek Ham. Semua orang berkumpul kat situ. Ada Aunty Ayu semua ada. Dah lama tak rasa berkumpul ramai ramai sambil borak borak. Yes. Happy sangat. :) Nek Ham pulak sediakan nasi minyak pulak. Adoi! Makan lagi. Nak jaga hati, makan jugak lah. Takpe, bole diet lagi lepas ni.

200611

Hari ni bangun awal sikit sebab Aunty Ella & Aunty Norma nak bawak pegi Tanah Abang. Baju kawan i kirim & adik adik boyf i belum jumpa lagi kat Pasar Baru semalam. Today tak naik kereta. Aunty Ella & Norma bawak try naik Bajai (i selalu tersalah sebut - Bajau ;p) sebab takot jam. Best jugak naik Bajai. Kat sana memang diorang betol betol menggunakan hon sepenuhnya. Sikit sikit hon. Pastu bawak rapat rapat.


Surprisingly sepanjang i jalan kat sana, eventho jalan jammed terok tak de pulak i nampak accident. Kalau lah Malaysia, confirm merata rata accident. Sampai Tanah Abang, jadi rambang mata. LAGI BEST DARI PASAR BARU! OMG! Baju baju dia cantik nak mampos! Sumpah.


I regret sebab spent banyak sangat kat Pasar Baru. So kalau nak beli baju kawin or raya, i suggest baik pergi Tanah Abang. Tapi kat situ bahaya sikit. Ramai orang & banyak pencopet (eh betol ke pencopet?) Kena make sure handbag dipeluk dengan kuat & selalu pandang kiri kanan depan belakang. Balik rumah Nek Ham naik cab. Cab diorang VIOS kot.

Before balik rumah Nek Ham, Aunty Ella & Norma bawak pergi makan. Lunch kat Waroeng Kito.


Nasi terayaki & nasi goreng gila. ;p

Pagi tu terlepas cakap teringin nak makan bakso lagi kat sebelah rumah Nek Ham sebab sambal dia gosh pedas nak mampos tapi sedap! Lepas lunch, kenyang gila tapi Aunty Ella nak bawak jugak makan bakso. Tak habis hadam lagi nasi, Abang Anang belikan Es Campur pulak kat rumah. Perut ni disumbat sumbat dengan makanan sepanjang duduk kat sana. Before pergi airport, sempatlah jugak makan bakso for the last time. Takdelah kempunan eventho perut dah isi dengan macam macam makanan yang sedap. Bahagia! :D


Flight balik Malaysia jam 8.30pm. Rasa terharu sangat diorang entertain kitorang berdua teramat saaaangat baik & belanja macam macam & bagi hadiah macam macam lagi. :') Rasa terhutang budi & kenangan kat sana memang takkan lupa sampai bila bila. Next time nak datang lagi. Aunty Ella nak ajak pergi spa. Wee~ ^_^ InsyaAllah, ada rezeki nak pergi sana lagi.

Tonight i nak pergi bercuti lagi! Kat mana? Nanti i update lagi. Doakan semua selamat pegi & balik!

p/s: sorry gambar agak blur & pecah sebb update guna blogspress. Dia automatically reduce photo size. Broadband my mom bawak. Nanti ada masa i gantikan gambar gambar ni dengan gambar terang. Ok, Bye!